。◕‿◕。 Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita 。◕‿◕。 ► kaum hawa sila ambil perhatian ✔
Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan
bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan
RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan
ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai
imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki
ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap
bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan
berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat
seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah
wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah
ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk
lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki
itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu
berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping
pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk
pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk
punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk
punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk
pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat
sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi
oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu
berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu
bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak
besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah
tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak
berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg
warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini
akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka
tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk
tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah,
kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup
soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka
berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata
lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan
tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau
terang jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai
perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya
terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki
itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan
anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan
diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau
keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata
lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah
itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah Swt
"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf
seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada
kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita
muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment