gadis 'unknown' : assalamualaikum.
fahri : wa..wa..*gagap la pula* waalaikummussalam.
gadis 'unknown' : boleh tolong tak?
fahri : eh, boleh2, awak nak saya tolong apa?
gadis 'unknown' : boleh tak tolong angkat kaki kejap, encik pijak kasut saya tu.
alamakkkkk, ahahah, buat malu ye, takpe, takpe, skurang kurangnya dapat cakap dengan gadis yng kasutnya dah dipijak ^^, hahaha, then, malam tu, hati fahri semacam je, dia pula tak habis2 senyum sorang2, first time dia miss maharaja lawak mega malam tu sebab dduk terperap dalam bilik fikirkan gadis tu *hmm, petanda awak jatuh cinta kot* hehe. esok, dia datang lagi kat masjid tu, kali ni dia nampak gadis tu tengah mngajar anak murid dia tentang akidah, ustazah la tu, tak brkelip pun mata fahri tengok gadis yang namanya tak prnah diketahui. and again, esoknya dia datang lagi, kali ni, gadis pujaannya itu sedang mengaji di hdapan seorang ustazah yng mngkin lbih berpengalaman. syahdu hati fahri dengar dia mengaji, selama dia hidup, mana pernah dia mengaji, mana pernah dia solat, mana pernah dia membentangkan tikar sejadah di rumah. cepat2 dia balik rumah, tiba2, dia menangis, peliknya kerana ini kali prtama dia menangis selepas kmatian mak ayah dia 5 tahun lalu, hidupnya kini dengan adiknya, ammar. malam tu, hati dia sayu sangat, dia tergerak hati untuk ambil wudhu', bentangkan tikar sejadah dn solat. insaf dengan kekhilafan dia yng lalu. pertemuan dngan gadis tu betul2 buat dia berubah. then, a month after that, dia lagi sekali ke masjid itu, maybe nak jumpa gadis tu lagi, hmm, kali ni dia nak berkenalan dengan gadis tu, maybe sebagai kawan.
fahri :assalamualaikum.
gadis : waalaikummussalam.
fahri : boleh saya tahu nama awak?
gadis : *angguk2* saya a'ishah, guru agama di sini.
fahri : ohh, saya fahri.
gadis : salam perkenalan encik fahri.
fahri : salam perkenalan juga, a'ishah.
hmm, bermulalah prbualan diorang berdua, *malas nak type dialog diorang -,-* haha. okay, malam tu, fahri asyik terfikirkan a'ishah je, sampai adik dia pun dah pelik. tiba2, terdetik di hati dia untuk memperisterikan a'ishah, 248 kali dia fikir malam tu. esoknya, dia ke masjid itu tapi tujuan dia untuk brjumpa dengan ustaz mail, imam masjid itu yang juga mrupakan guru agamanya kini.
fahri : assalamualaikum ustaz.
ustaz : waalaikummussalam fahri, ada apa2 yang sy boleh tolong?
fahri : ustaz, saya dah jatuh hati kpda seorang gadis dan sy ingin mempristerikannya tapi adakah dia mahu menerima saya yang jahil ini ustaz?
ustaz : alhamdulillah. fahri, percaya dah yakin, jodoh itu rahsia Allah, seperti hadiah yang tidak diketahui melainkan kita buka, dan ketika itu percaya lah, beliau yang trbaik buat kita. ustaz cadangkan kamu buat solat istikharah, nescaya ada jwapannya.
malam tu, fahri buat solat istikharah yang ustaz mail suruh, harap sangat jodohnya terjawab dlam mimpi malam tu. thennn, nak tahu muka siapa yang keluar? nak tahu siapa jodoh fahri? haha, nak tahu? nak tahu? *lol, main2 pula ye*
fahri : alhamdulillah, selesai juga majlis prkhwinan kita ni ye.
a'ishah : alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.
-Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya, insya ALLAH.
- Allah SWT berfirman "perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik (an-Nur : 26)
- Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasnya, bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengan untuk dilindungi dan dekat dihati untuk dicintai :)
![]() |
:) |
![]() |
:) |
![]() | ||
:) |
No comments:
Post a Comment